Yamaha SR-X tampil sporty, dilengkapi enjin 4 lejang 102cc

Sekitar tahun 1990an dahulu, Yamaha terkenal dengan model-model kapcai dan moped popular yang bernadikan enjin dua lejang, seperti model Yamaha 100 Sport, Yamaha 110 SS, Yamaha SS Two dan Yamaha 125ZR. Ketika itu adalah sesuatu yang pelik jika Yamaha memperkenalkan model kapcai atau moped dengan enjin empat lejang.

Bagaimanapun kerana akur dengan perubahan zaman, Yamaha kemudiannya muncul dengan model kapcai Yamaha SRE yang dilengkapi enjin empat lejang 102cc. Tidak pasti tahun bila model ini dilancarkan, namun boleh dikatakan ianya gagal di pasaran kerana imej Yamaha dengan motosikal berenjinkan dua lejang masih melekat kuat.

Kemudiannya pada lewat tahun 1990-an atau pada awal millenium, Yamaha SRE telah digantikan dengan sebuah model terbaharu yang dikenali dengan nama Yamaha SR-X, yang juga dilengkapi dengan enjin empat lejang bersesaran 102cc. Penampilan model ini kelihatan lebih menarik dan sporty, kerana mengambil inspirasi daripada rekaan model Yamaha SS Two yang tampil lebih kemas, lebih kompak dan lebih tajam.

Namun malangnya sama seperti nasib yang dialami oleh Yamaha SRE, berdasarkan pemerhatian didapati penerimaan pengguna motosikal di pasaran tempatan pada ketika itu terhadap Yamaha SR-X juga kurang memuaskan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada perkara berkenaan yang boleh kita bincangkan.

Antaranya pada awal dekad 2000-an, pengguna motosikal di pasaran Malaysia masih lagi menggemari model-model kapcai dan moped keluaran Yamaha dengan enjin dua lejang. Kemudiannya persaingan kuat yang diberikan oleh model Modenas Kriss 110 dan Honda EX-5 High Power yang ketika itu menjadi model empat lejang pilihan ramai.

Hayat Yamaha SR-X di pasaran tempatan kemudiannya tidak lama, berakhir sekitar tahun 2010. Bagaimanapun selepas itu, Yamaha mula mengorak langkah sebagai salah sebuah pengeluar motosikal kapcai dan moped empat lejang popular, melalui model-model seperti Yamaha Lagenda, Yamaha 135LC dan paling terkini Yamaha Y15ZR.

Harga Yamaha SRX model tahun 2010 : RM 4,514.75 (On The Road Price)

Spesifikasi Yamaha SRX model tahun 2010 :

  • Overall length x width x height : 1,870 mm x 654 mm x 1,040 mm
  • Seat Height : 750 mm
  • Wheel base : 1,280 mm
  • Minimum Ground Clearance : 130 mm
  • Dry weight / Curb weight : 92 kg
  • Engine : 102cc, Air-cooled, 4 stroke, single cylinder, SOHC
  • Ignition System : Kick / electric starter
  • Transmission : Constant mesh 4 speed
  • Brake front / rear : Drum / Brake
(Visited 2,649 times, 1 visits today)