Video : Kawasaki Ninja ZX-25R beraksi di Litar Antarabangsa Sentul, paparan kelajuan mencecah 167 km/j

Untuk kesekian kalinya, Kawasaki tanpa jemu terus menyiarkan video teaser terbaharu sempena menunggu pelancaran rasmi pertama Kawasaki Ninja ZX-25R. Disiarkan di dalam channel YouTube Kawasaki Indonesia bertarikh 12hb. Jun 2020, video tersebut bertajuk “Kawasaki Ninja ZX-25R meets Sentul International Circuit”.

Antara perkara menarik di dalam video tersebut ialah mengenai paparan kelajuan Kawasaki Ninja ZX-25R di Litar Antarabangsa Sentul. Berdasarkan aksi tunggangan yang dipaparkan, kelajuan yang direkodkan melalui video tersebut mencapai angka 167 km/j, sedikit peningkatan melebihi kelajuan 162 km/j di Litar Jerez sebelum ini.

Bagaimanapun, kelajuan 167 km/j itu dipercayai bukanlah kelajuan maksimum yang mampu diperah oleh jentera 250cc empat silinder itu, namun secara realistiknya untuk model standard, ianya dijangka tidak akan melebihi kelajuan maksimum 180 km/j. Ini bermakna apabila diubahsuai, kelajuan maksimumnya sudah pasti akan bertambah.

Selain itu pada penghujung video, turut dipaparkan ialah aksi bersahaja jentera Kawasaki Ninja ZX-25R Racer Custom Model, di grid permulaan bersebelahan dengan versi standard Kawasaki Ninja ZX-25R. Bagaikan peringatan kepada kita semua bahawa Ninja ZX-25R sebenarnya mempunyai prestasi bagaikan jentera perlumbaan.

Artikel berkaitan :

(Visited 3,297 times, 1 visits today)