Penampilan baharu Honda CB150R StreetFire 2019

Untuk pasaran Indonesia, Honda CB150R StreetFire 2019 telah menerima kemaskini terbaharu dalam bulan Ogos tahun lepas. Menurut PT Astra Honda Motor (AHM), penampilan baharu yang sporty dan gagah itu diperkenalkan melalui pilihan dua warna terbaharu iaitu Macho Black (varian Standard) dan Razor White (varian Special Edition).

Untuk bahagian teknikal,  bagaimanapun tiada sebarang perubahan baharu. Honda CB150R StreetFire masih mengekalkan ciri-ciri terbaiknya seperti sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital dengan informasi lengkap dan mudah dilihat, passing lamp, aplikasi rangka trellis yang kukuh, tayar lebar untuk lebih cengkaman, dan sistem brek cakera depan dan belakang berukuran 276 mm dan 220 mm yang mantap.

Model naked sport itu juga memiliki enjin 150cc yang berprestasi tinggi dengan padanan transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa yang dihasilkannya mencapai 16.9PS @ 9,000rpm dengan tork 13.8Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut turut dilengkapi sistem PGM-FI yang canggih dan sistem penyejukan jenis cecair. Tangki minyaknya mempunyai isian maksimum 12 liter, manakala beratnya hanya 136 kg (curb weight).

Ini membolehkannya melakukan pecutan pantas dari 0 ke 200 m dalam tempoh hanya 10.5 saat sahaja, manakala kelajuan maksimumnya boleh mencapai sehingga 125 km/j. Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah Macho Black (warna baharu) untuk varian Standard, dan empat pilihan warna untuk varian Special Edition (SE) iaitu Razor White (warna baharu), Raptor Mat Black, Fury Mat Red dan Honda Racing Red.

Untuk pasaran Indonesia, Honda CB150R StreetFire model tahun 2019 didatangkan dengan tanda harga OTR (On The Road) sebanyak DKI Jakarta Rp 27,481,000 (varian Standard), bersamaan RM 8,254.65 mengikut kadar tukaran semasa. Bagi varian Special Edition (SE), harga OTR (On The Road) DKI Jakarta yang ditetapkan adalah sebanyak Rp 28,581,000, bersamaan RM 8,585.07 mengikut kadar tukaran semasa.

(Visited 383 times, 1 visits today)