Adakah Yamaha FZ750 akan membuat kemunculan semula?

Yamaha FZ750 diperkenalkan di pasaran buat pertama kali pada tahun 1985, sebelum pengeluarannya berakhir pada tahun 1991. Model supersport 750cc itu dilengkapi enjin Genesis daripada Yamaha yang menampilkan teknologi eksklusif lima injap, menjadikan jumlah keseluruhan injapnya ialah dua puluh untuk enjin empat silindernya.

Menurut Yamaha, teknologi enjin Genesis telah berjaya meningkatkan prestasi Yamaha FZ750, seperti mana telah dibuktikan dalam perlumbaan endurance Suzuka 8-hour, Daytona 200 Mile dan siri-siri perlumbaan lain. Enjin tersebut juga dikatakan menjadi teknologi utama kepada evolusi model-model empat lejang Yamaha seterusnya.

Spesifikasi Yamaha FZ750 model tahun 1985 :

  • Panjang x lebar x tinggi Keseluruhan : 2,225mm × 755mm × 1,165mm
  • Berat : 209 kg
  • Jenis enjin : Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 5-valve, in-line 4-cylinder, 749cc
  • Keluaran kuasa maksimum : 77.0PS (56.6kW) @ 9,500rpm
  • Tork maksimum : 68.6Nm @ 6,500rpm
  • Harga : ¥798,000

Apa yang menariknya mengenai model Yamaha FZ750 yang kini telah bertaraf retro ini ialah ianya dikatakan bakal membuat kemunculan semula di pasaran pada masa akan datang. Khabar angin ini pada mulanya dicetuskan oleh majalah permotoran popular Young Machine dari Jepun, dengan beberapa maklumat dan andaian awal.

Menurut Young Machine, generasi baharu Yamaha FZ750 yang lebih moden akan menggunakan enjin tiga silinder dari model Yamaha MT-09, namun bakal tampil dengan reka bentuk retro seperti mana konsep yang dipertontonkan oleh Suzuki melalui generasi terbaharu Katana. Konsep sebegini kebiasaannya akan menarik ramai peminat daripada seluruh dunia pagi penggemar model-model bertaraf klasik dan retro.

Bagaimanapun ini hanyalah sekadar khabar angin daripada Young Machine yang selama ini diketahui sentiasa membuat ramalan mengenai kemungkinan munculnya model-model terbaharu daripada syarikat-syarikat pengeluar motosikal dari Jepun. Jika benar, model tersebut mungkin akan dikenali sebagai Yamaha FZ900. Menarik juga.

Galeri : 1985 Yamaha FZ750

(Visited 138 times, 1 visits today)