Yamaha umum harga dan pek aksesori untuk Tricity 300

Yamaha Motor Europe baru-baru ini pada tarikh 26hb. Mei 2020 secara rasminya mengumumkan harga jualan untuk model terbaharu Yamaha Tricity 300. Harga yang diumumkan itu adalah untuk pasaran UK, ditetapkan sebanyak £7,399 (including VAT), bersamaan RM 39,930.74 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Model tersebut akan berada secara rasmi di pasaran UK mulai bulan Julai 2020.

Di samping itu, Yamaha juga mengumumkan tiga pek aksesori yang ditawarkan untuk model skuter premium tiga roda itu, seperti mana dalam senarai di bawah :

  • Sports Pack – Sports Screen, License Plate Holder and Aluminium Foot Panels
  • Winter Pack – Apron, Grip Heater and Knuckle Visors
  • Urban Pack – High Screen, Rear Carrier and 39L Top Case

Ketiga-tiga pilihan aksesori tersebut menawarkan spesifikasi yang berbeza mengikut keperluan atau gaya setiap penunggang, yang pastinya praktikal untuk aktiviti tunggangan seharian. Sementara itu seperti mana yang diumumkan sebelum ini, Yamaha Tricity 300 model tahun 2020 terbaharu ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti Nimbus Grey, Tech Kamo dan Gunmetal Grey.

Menurut Yamaha Motor Europe, Yamaha Tricity 300 dikuasakan enjin BLUE CORE terkini yang hadir dengan rekaan antara paling sofistikated di dalam kategorinya, menawarkan keseimbangan ideal di antara prestasi, ekonomi dan cirinya yang versatil. Untuk maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi model berkenaan, anda boleh ikuti pautan berikut untuk membaca artikel terdahulu dan melihat galeri gambarnya.

Artikel : Yamaha Tricity 300 2020 diperkenalkan sebagai komuter terbaik di kawasan bandar

(Visited 105 times, 1 visits today)