BMW S 1000 RR 2020 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 116,500.00

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan model supersport terbaharu BMW S 1000 RR 2020 untuk pasaran tempatan, pada harga RM 116,500.00 (tidak termasuk insuran). Untuk ketenangan fikiran pemiliknya, model tersebut turut didatangkan dengan tempoh jaminan dan program bantuan di jalanan selama 3 tahun.

BMW S 1000 RR dilengkapi enjin bersesaran 999cc (Water/oil-cooled, 4-cylinder, 4-stroke, in-line engine, four titanium valves per cylinder, BMW ShiftCam) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 207hp @ 13,500rpm bersama-sama tork puncak 113Nm @ 11,000rpm.

Kelengkapan standard yang dibekalkan untuk BMW S 1000 RR 2020 ini antaranya termasuklah BMW Motorrad ABS Pro, Race ABS, DTC, dua mod tunggangan (Rain, Road), paparan instrumen TFT 6.5 inci dengan fungsi Multi Controller, Hill Start Control, Shift Assist Pro dan sistem lampu depan, lampu belakang dan lampu signal LED.

Dua pilihan warna tersedia untuk model berkenaan iaitu Racing Red Non-metallic dan Hockenheim Silver Metallic. Untuk anda yang berminat, boleh berkunjung ke mana-mana wakil pusat jualan BMW Motorrad Malaysia yang sah di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, termasuk pelan pembiayaan yang ditawarkan.