Yamaha RX-Z 135 model tahun 1985 (versi brek cakera)

Artikel ringkas ini merupakan susulan kepada artikel terdahulu, yang memaparkan gambar-gambar menarik Yamaha RX-Z 135 model tahun 1985 dalam versi brek depan jenis dram. Kali ini model yang ditunjukkan masih lagi Yamaha RX-Z keluaran tahun 1985, namun telah dilengkapi dengan brek jenis cakera di bahagian roda depannya.

Berkenaan tahun sebenar keluaran model ini, sumber maklumat dari Yamaha agak terhad, namun dipercayai ianya merupakan model keluaran tahun 1985 berdasarkan spesifikasinya yang masih lagi menggunakan kotak gear lima kelajuan. Dapat juga dilihat rekaan ekzos generasi pertamanya di samping rekaan half fairing bersaiz kecil.

Sehingga kini Yamaha RX-Z masih lagi menjadi kegilaan ramai dan mula beralih arah menjadi koleksi berharga kepada peminat tegar bertaraf pengumpul koleksi. Ramai yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk kerja-kerja restorasi, namun percayalah versi klasik bertaraf NOS seperti ini jika masih ada, tidak ternilai harganya.

(Visited 293 times, 1 visits today)