Yamaha RD50MX model tahun 1983

Berdasarkan maklumat dari Wikipedia, Yamaha RD50 merupakan sebuah model dalam siri Yamaha RD dengan enjin dua lejang paling kecil pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu. Untuk model Yamaha RD50MX keluaran tahun 1983 ini, ianya ditawarkan di pasaran Eropah dengan kelengkapan enjin bersesaran hanya 49cc sahaja.

Jumlah kuasa yang dikeluarkan oleh enjin tersebut adalah sebanyak 3.1PS @ 5,100rpm, yang kemudiannya disalurkan ke permukaan jalan raya melalui transmisi empat kelajuan. Top speed atau kelajuan maksimumnya dikatakan mencapai 40 km/j sahaja. Pengeluarannya bermula dari tahun 1981 dan berakhir pada tahun 1984.

Melalui gambar-gambar yang disiarkan di bawah, dapat dilihat Yamaha RD50MX 1983 ini ditawarkan dalam dua versi iaitu bersama-sama cowl @ fairing kecil di bahagian kepala, atau dibiarkan kosong sahaja seperti model naked. Dengan penampilan ringkas dan enjin yang kecil, dipercayai model ini ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Sumber rujukan : Wikipedia Yamaha RD 50

Sumber gambar : Yamaha Motor Co, Ltd.

(Visited 147 times, 1 visits today)