Yamaha YZF1000R Thunderace model tahun 1996

Yamaha YZF1000R Thunderace ini buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1996. Ianya dilengkapi enjin empat silinder sebaris bersesaran 1,002cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 5 valves per cylinder) dengan hamburan kuasa maksimum 145hp @ 10,000rpm dan tork 108Nm @ 8,500rpm.

Dengan berat keseluruhan 224 kg dan dilengkapi transmisi lima kelajuan, Yamaha YZF1000R Thunderace direkodkan mampu mencapai kelajuan maksimum 264 km/j. Pengeluaran motosikal ini dikatakan berakhir pada tahun 2003, dengan model Yamaha YZF-R1 menjadi penerus legasinya sehingga kini.

Sumber rujukan spesifikasi : bikeswiki.com

Sumber gambar : Yamaha Motor Co, Ltd.

(Visited 266 times, 1 visits today)