Yamaha XMAX ABS 2020 di pasaran Jepun terima kemaskini warna baharu

Pada 25hb. Mac 2020 yang lalu, Yamaha XMAX ABS untuk pasaran domestik Jepun telah diperkenalkan dengan kemaskini warna baharu yang lebih menarik. Ini menjadikan keseluruhan pilihan warna yang ditawarkan untuk musim jualan 2020 kepada lima kesemuanya, yang mana tiga daripadanya merupakan warna baharu.

Tiga pilihan warna baharu yang diperkenalkan itu ialah Matt Greenish Gray, Matte Blue dan Matte Black, manakala dua pilihan warna terdahulu yang masih dikekalkan ialah Matt Silver dan Matte Red. Harga yang ditawarkan pula adalah sebanyak 654,500 Yen, bersamaan RM 26,470.80 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Aspek teknikal memperlihatkan Yamaha XMAX ABS 2020 dikuasakan enjin dengan kapasiti 249cc (single-cylinder, water-cooled, 4-stroke, SOHC, 4 valves), dan kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai angka 23PS @ 7,000rpm dengan tork puncak 24Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi automatik CVT.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha XMAX ABS turut menerima kemaskini warna baharu untuk tahun 2020. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh membaca artikel terdahulu di pautan ini : Yamaha XMAX 250 terima warna baharu untuk tahun 2020

(Visited 119 times, 1 visits today)