SYM VF3i 185 ABS dan SYM Maxsym TL500 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 19hb. Mei 2020

Berita baik untuk peminat motosikal dan skuter berjenama SYM di pasaran tempatan. Berdasarkan maklumat daripada laman Facebook SYM Malaysia baru-baru ini, syarikat tersebut dijangka bakal melancarkan dua model terbaharu pada tarikh 19hb. Mei 2020.

Model motosikal yang bakal dilancarkan itu ialah SYM VF3i 185 ABS, yang kini didatangkan dengan sistem brek ABS untuk pemberhentian yang lebih mantap. Model kedua pula ialah skuter maxi SYM Maxsym TL500 yang hadir dengan enjin 465cc.

Setakat ini, SYM VF3i 185 turut dijual di pasaran Greece dan Singapura, masing-masing dilengkapi dengan sistem brek ABS. Pelancaran kedua-dua model itu dijangka akan menerima maklum balas baik dari peminat moped dan skuter di negara kita.

Artikel berkaitan :

(Visited 411 times, 1 visits today)