Yamaha X1R model tahun 2007 di pasaran Thailand

Motosikal moped yang tampil unik ini merupakan Yamaha X1R keluaran tahun 2007 untuk pasaran Thailand. Ianya juga dikenali dengan kod nama Yamaha JT135. Berdasarkan maklumat dari Wikipedia, Yamaha X1R dikuasakan enjin empat lejang dalam kapasiti 135cc sama seperti model Yamaha Spark 135 (Yamaha T135).

Seperti mana yang dapat diperhatikan dalam galeri gambar di bawah, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu merah, biru dan hitam. Perbezaan paling ketara ialah terdapat dua pilihan rim roda iaitu buatan aloi dan juga berjejari. Ianya juga dilengkapi dengan klac tangan, sistem brek cakera depan dan belakang, serta lampu depan jenis berkembar.

(Visited 151 times, 6 visits today)