Suzuki GSX-R150 2020 terima warna baharu di pasaran Taiwan sempena sambutan ulangtahun ke-100

Pada 15hb. Mac 2020, Suzuki secara rasminya menyambut ulangtahun buat kali yang ke-100. Oleh itu Suzuki di pasaran Taiwan baru-baru ini telah memperkenalkan empat warna baharu untuk model GSX-R150 bagi meraikan sambutan ulangtahun tersebut.

Salah satu warna yang diperkenalkan itu merupakan gabungan warna perak dan biru, yang mana ianya merupakan warna awal Suzuki dalam dunia perlumbaan. Warna berkenaan juga adalah sama dengan warna jentera Team SUZUKI ECSTAR MotoGP musim 2020 ini, dikendalikan oleh dua pelumba handalan iaitu Alex Rins dan Joan Mir.

Tiga warna lain merupakan gabungan merah dan hitam, kuning dan hitam serta hitam sepenuhnya. Untuk pasaran Taiwan, tempahan untuk Suzuki GSX-R150 2020 dengan pilihan warna baharu itu kini dibuka sehingga tarikh 30hb. Jun 2020, dan dijangka penghantaran kepada pelanggan akan dilakukan dalam bulan Julai akan datang.

Suzuki GSX-R150 dilengkapi enjin 147cc dengan padanan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 19.2PS @ 10,500rpm dengan tork setinggi 14Nm @ 9,000rpm. Sistem brek cakera depan dan belakangnya dilengkapi ABS, manakala beratnya hanya 136 kg dan tangki bahan api hadir dengan isian maksimum 11 liter.

(Visited 147 times, 1 visits today)