Honda memperkenalkan model retro CB-F Concept

Dalam bulan Mac yang lepas, Honda telah memperkenalkan model CB-F Concept, sebuah model konsep retro terbaharu yang dihasilkan daripada sejarah motosikal siri CB, yang mana ianya telah pun mencapai usia enam dekad pada tahun lepas.

Menurut Honda, CB-F Concept merupakan gabungan di antara teknologi canggih dengan gaya rekaan baharu yang memberikan penghormatan kepada model CB900F (CB750F di pasaran Jepun), yang kini pada usianya telah pun mencapai status ikonik.

Honda CB-F Concept dikuasakan enjin 998cc (water-cooled, 4-stroke, 4-valve, inline 4-cylinder DOHC) dengan transmisi enam kelajuan. Model konsep tersebut mempunyai casis keluli yang ringan dan kukuh (high-tensile steel mono-backbone structure).

Suspensi depannya dengan fork jenis terbalik mempunyai keupayaan yang cemerlang di setiap jenis jalan raya, seterusnya mewujudkan rasa tunggangan yang unggul. Suspensi belakangnya ialah aluminium ringan single-sided dalam konfigurasi Pro-Arm.

(Visited 1,109 times, 1 visits today)