Adakah Honda bakal melancarkan CBR600RR-R 2021?

Baru-baru ini majalah permotoran terkenal dari Jepun, Young Machine telah membawakan khabar angin bahawa Honda akan memperkenalkan model baharu CBR600RR-R, sebagai pengganti kepada model semasa CBR600RR.

Honda CBR600RR-R jika benar menjadi kenyataan, dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2021, dan rekaannya akan mengambil inspirasi daripada model CBR1000RR-R. Buat masa ini, CBR600RR tidak lagi dijual di pasaran Eropah dan UK sejak tahun 2017 kerana enjinnya tidak lagi mampu memenuhi piawaian Euro4.

Bagaimanapun, CBR600RR masih lagi dijual di beberapa pasaran dunia yang lain, termasuk di pasaran USA melalui model tahun 2020, sejak bulan Mac yang lalu. Dua varian ditawarkan iaitu standard (tanpa ABS) yang dijual pada harga $11,799 dan $12,799 untuk varian ABS. Hanya satu pilihan warna tersedia iaitu Matte Black Metallic.

Berapakah harga yang akan ditawarkan untuk Honda CBR600RR-R 2021 apabila dilancarkan nanti? Model supersport kelas pertengahan ini merupakan jentera bercirikan litar bertaraf premium, dan tidak sama seperti model CBR650R 2020 yang lebih kepada ciri tunggangan touring dengan spesifikasi lebih rendah.

Oleh itu sudah pasti CBR600RR-R 2021 ini akan mempunyai tanda harga lebih tinggi berbanding model semasa CBR600RR. Namun untuk peminat yang ingin memiliki sebuah jentera berkuasa tinggi pada harga lebih berpatutan berbanding yang ditawarkan oleh CBR1000RR-R, mungkin inilah model yang akan ditunggu-tunggu.

(Visited 77 times, 1 visits today)