Warna baharu untuk Yamaha Tracer 900 ABS dan Tracer 900 GT ABS 2020 di pasaran Jepun

Dalam bulan Februari 2020 yang lepas, Yamaha telah memperkenalkan warna baharu untuk model Tracer 900 ABS dan Tracer 900 GT ABS di pasaran domestik Jepun.

Yamaha Tracer 900 ABS 2020 kini menawarkan pilihan dua warna baharu iaitu Matte Dark Gray dan Matt Gray. Untuk model Yamaha Tracer 900 GT ABS 2020, ianya juga menawarkan pilihan warna baharu Matte Dark Gray, bersama-sama pilihan dua warna terdahulu iaitu Black dan Matt Blue yang dikekalkan untuk jualan musim ini.

Menurut Yamaha, Tracer 900 bercirikan Sport dan Tracer 900 GT bercirikan Travel, namun kelebihan model GT ialah ianya mempunyai kelengkapan teknikal tambahan seperti suspensi depan boleh laras sepenuhnya, sistem cruise control, Quick Shift System (QSS) dan grip dengan ciri pemanas untuk keselesaan touring yang lebih baik.

Kedua-dua model berkenaan dilengkapi enjin tiga silinder sebaris dengan kapasiti 845cc, DOHC, 4-valve, sistem sejukan cecair dan mempunyai keluaran kuasa maksimum 116PS @ 10,000rpm dan tork puncak 87Nm @ 8,500rpm. Enjin tersebut seterusnya dipadankan kotak gear enam kelajuan yang lancar.

Tracer 900 ABS mempunyai berat 214 kg, manakala Tracer 900 GT ABS mempunyai berat 215 kg. Kedua-dua model memiliki tangki bahan api dengan isian maksimum 18 liter. Untuk pasaran domestik Jepun, kedua-duanya ditawarkan pada harga masing-masing sebanyak 1,133,000 Yen (RM 46,031.18) dan 1,221,000 Yen (RM 49,606.42).

Galeri : 2020 Yamaha Tracer 900 ABS

Galeri : 2020 Yamaha Tracer 900 GT ABS

(Visited 112 times, 1 visits today)