Honda ADV150 2021 diperkenalkan untuk pasaran USA

American Honda Motor Co., Inc. baru-baru ini secara rasminya telah memperkenalkan model skuter kembara Honda ADV150 model tahun 2021. Model tersebut bakal berada di pasaran USA secara rasmi mulai Jun 2020, pada harga jualan sebanyak $4,299 (bersamaan RM 18,631.87 mengikut kadar tukaran semasa).

Hadir dengan pilihan warna tunggal Matte Black Metallic, Honda ADV150 menawarkan ciri-ciri menarik seperti penampilan yang ranggi dan bergaya, enjin yang berkuasa namun cekap, sistem suspensi Showa yang mantap, sistem brek cakera dengan ABS dan binaan kerangka yang dioptimumkan untuk pengendalian yang tangkas.

Ciri-ciri praktikalnya pula menawarkan antaranya cermin depan boleh laras pada dua tahap, port pengecas telefon pintar 12-volt, ruangan di bawah tempat duduk yang luas dan sistem Smart Key yang memudahkan.

Honda ADV150 2021 dijana enjin bersesaran 149cc ( liquid-cooled, 80ยบ single-cylinder, four-stroke, SOHC, two valves) dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI. Sistem transmisinya merupakan jenis automatik Honda V-Matic. Tayar depan dan belakang masing-masing dibekalkan dalam siri 110/80-14 dan 130/70-13.

 

(Visited 69 times, 1 visits today)