Kawasaki perkenal Ninja ZX-25R Racer Custom Model

Ramai yang kecewa apabila Kawasaki telah membatalkan majlis pelancaran model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-25R, yang sebelum itu dijadualkan berlangsung pada tarikh 04hb. April 2020, bertempat di negara jiran Indonesia. Pembatalan tersebut gara-gara wabak virus berbahaya Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Namun bagaimanapun pada tarikh 31hb. Mac 2020 yang lalu, Kawasaki terlebih dahulu memperkenalkan sebuah model custom yang dibina hanya sebuah sahaja, Kawasaki Ninja ZX-25R Racer Custom Model. Menurut Kawasaki, pengenalan model tersebut adalah untuk memperlihatkan potensi sebenar yang ada pada model ZX-25R.

Tambah Kawasaki lagi, model one-off ini juga bukanlah untuk dijual, dan ianya juga bukanlah model yang akan digunakan untuk siri perlumbaan One-Make Race pada tahun depan. Jadi kepada bakal pemiliki Ninja ZX-25R yang ingin mengubahsuai motosikal mereka suatu hari nanti, bolehlah menjadikan model ini sebagai asasnya.

Di bawah berikut ialah senarai barangan custom dan jenama pengeluar aftermarket yang terlibat dalam menghasilkan model Ninja ZX-25R Racer Custom Model ini, seperti mana yang diumumkan oleh Kawasaki di dalam laman Facebook mereka.

Custom Parts List:

  • Cowling: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Full cowling
  • Tail cowl: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Seat cowling
  • Tank pad: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Tank pad
  • Exhaust system: BEET NASSERT-R Evolution Type II (Race Prototype)
  • Tyres: DUNLOP SPORTMAX α-13SP
  • Chain: RK BL520R-XW
  • Sprocket: RK (painted version of Ninja ZX-25R standard equipment)
  • Front suspension: SHOWA (Ninja ZX-25R standard equipment with coated inner tubes) (Reference Part)
  • Rear suspension: SHOWA (Ninja ZX-10R part) (Reference Part)
  • Footpads: SNIPER rear sets
  • Brake lever: SNIPER 6-way adjustable, retractable brake lever
  • Clutch lever: SNIPER 6-way adjustable, retractable clutch lever
  • Lever guard: SNIPER carbon fibre guard

Aftermarket Manufacturers:

Secara keseluruhannya, penampilan model custom Ninja ZX-25R ini sememangnya sangat menarik sekali, benar-benar bercirikan sebuah jentera perlumbaan. Pandangan pertama sudah pasti kepada material gentian karbon yang meliputi hampir keseluruhan badannya. Kos pembikinan dan kuasa enjin jentera ini bagaimanapun tidak didedahkan.

(Visited 1,976 times, 1 visits today)