BMW F 900 XR 2020 kini di pasaran Malaysia, RM 69,500.00

Untuk pasaran Malaysia, BMW Motorrad baru-baru ini telah melancarkan model BMW F 900 R 2020 dan BMW F 900 XR 2020, masing-masing pada harga asas RM 62,500.00 dan RM 69,500.00. Kedua-dua model ini sama tapi tidak serupa, di mana F 900 R merupakan model Roadster, manakala F 900 XR merupakan model Adventure.

BMW F 900 XR dikuasakan enjin 895cc (water-cooled 4-stroke in-line two-cylinder engine, four valves per cylinder, two overhead camshafts) yang bertaraf EURO5, dan digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Memiliki kuasa maksimum 105hp @ 8,500rpm dan tork 92Nm @ 6,500rpm, serta berat yang mencecah 219 kg, jentera pengembaraan tersebut mampu mencapai kelajuan puncak melebihi 200 km/j.

Ciri-ciri teknikal lain untuk BMW F 900 XR termasuklah suspensi depan jenis terbalik dengan fork 43mm dan travel 170mm, suspensi belakang monoshock (spring pre-load hydraulically adjustable, rebound damping adjustable) dengan travel 172mm, brek ABS dengan cakera berkembar 320mm (floating brake discs, 4-piston radial brake calipers) di depan dan brek cakera tunggal 265mm (single-piston floating caliper) di belakang.

Beralih ke bahagian roda, rim 17 inci dipadankan tayar depan dan belakang masing-masing dalam siri 120/70 dan 180/55. BMW F 900 XR mempunyai ketinggian pelana 825mm dan tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 15.5 liter. Pilihan warna yang ditawarkan ialah Racing Red dan Galvanic Gold Metallic. BMW Motorrad juga menawarkan jaminan selama tempoh 3 tahun untuk ketenangan berpanjangan.

Untuk maklumat selanjutnya, di bawah berikut ialah senarai kelengkapan standard, kelengkapan pilihan dan aksesori untuk BMW F 900 XR 2020 di pasaran Malaysia :

Standard equipment :
  • Coloured TFT display with BMW Motorrad Connectivity
  • LED headlight (low / high beam)
  • LED indicators
  • ASC
  • Riding modes Rain/Road
  • Adjustable hand brake and clutch levers
  • 12V socket
  • Windshield adjustment

Optional equipment (OE) :

  • Headlight Pro incl. adaptive curve light
  • Riding modes Pro incl. ABS Pro / DTC / MSR / DBC
  • Dynamic ESA (electronic suspension adjustment)
  • Case holders
  • Main stand
  • Keyless ride
  • Intelligent emergency call
  • Lowered suspension kit

Optional accessories (OA) :

  • Soft panniers and touring cases
  • Luggage rack
  • Topcase
  • LED fog lights
  • Hand protectors
  • Engine spoiler
  • Windshield Sport
  • Alternative seats
(Visited 497 times, 1 visits today)