Warna baharu untuk Yamaha NIKEN dan NIKEN GT di pasaran Jepun

Dalam bulan November 2019 yang lalu, Yamaha telah mengumumkan ketibaan dua warna baharu untuk model NIKEN dan NIKEN GT di pasaran domestik Jepun. Bagi model NIKEN, warna baharu yang diperkenalkan itu diberi nama Matte Gray, manakala warna baharu untuk NIKEN GT ialah Matte Dark Gray.

Bagi model Yamaha NIKEN GT dengan warna baharu Matte Dark Gray, ianya akan dijual bersama-sama warna sedia ada iaitu Matte Blue yang akan diteruskan jualannya untuk tahun 2020. Yamaha NIKEN dan NIKEN GT merupakan model LMW (Leaning Multi-Wheel) yang bercirikan sport dan touring, serta berteknologi tinggi dan canggih.

Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin 845cc (3-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dengan kuasa maksimum 116PS @ 10,000rpm dan tork 87Nm @ 8,500rpm. Ianya dipadankan transmisi enam kelajuan. Yamaha NIKEN dan NIKEN GT masing-masing mempunyai berat 263 kg dan 267 kg, dengan tangki petrol 18 liter.

Untuk pasaran Jepun, Yamaha NIKEN 2020 ditawarkan pada harga 1,815,000 Yen, bersamaan RM 71,867.81 mengikut kadar semasa. Yamaha NIKEN GT 2020 pula boleh dimiliki pada harga 1,980,000 Yen, bersamaan RM 78,401.25 mengikut kadar semasa. Model unik seperti ini dijangka tidak akan di bawa masuk ke pasaran Malaysia.

(Visited 226 times, 1 visits today)