Benelli TRK 502 model tahun 2020 terima kemaskini baharu

Model kembara Benelli TRK 502 model tahun 2020 kini menawarkan warna dan grafik baharu bersama-sama beberapa kemaskini melibatkan cermin, tombol, handlebar dan juga tuil klac. Rak bagasi aluminium belakang juga tampil dengan rekaan baharu yang lebih moden dan ergonomik, selain pelana baharu untuk keselesaan maksimum.

Benelli TRK 502 dilengkapi enjin dengan kapasiti 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) yang menawarkan kuasa maksimum 47.6hp (35kW) @ 8,500rpm dan tork 46Nm @ 6,000rpm. Enjin bertenaga dan responsif itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan yang lancar.

Dengan kapasiti tangki bahan api 20 liter maksimum, kembara jarak jauh bukan lagi masalah untuk jentera tersebut. TRK 502 mempunyai berat 235 kg, manakala ketinggian tempat duduk penunggang hanya 835mm sahaja. Jarak kelegaan bumi dengan ukuran 190mm memberikannya keupayaan untuk meredah laluan sukar.

Keselesaan maksimum TRK 502 sewaktu tunggangan merupakan berkat daripada penggunaan fork depan jenis upside-down dengan travel 140mm, bersama-sama gandingan suspensi belakang monoshock (rear swing arm with central shock absorber adjustable in spring preload and hydraulic rebound brake) dengan stroke 45mm.

Untuk pemberhentian yang selamat dan cekap pada setiap masa, Benelli TRK 502 dilengkapi dengan sistem brek ABS. Di bahagian depan, ianya terdiri daripada cakera berkembar separuh terapung 320mm dengan angkup empat piston, dan di bahagian belakang ialah brek cakera tunggal 260mm dengan angkup piston tunggal terapung.

Beralih ke bahagian roda, TRK 502 model tahun 2020 ini menggunakan tayar depan dalam siri 120/70 – ZR17 M/C 58W dan belakang dalam siri 160/60 – ZR17 M/C 69W. Berdasarkan gambar-gambar dalam galeri di bawah, ianya boleh didapati dalam pilihan empat warna menarik yang dihiasi dengan grafik rekaan baharu lebih sporty.

(Visited 388 times, 1 visits today)