Honda perkenal CB4X Concept di EICMA 2019

Bertempat di EICMA 2019 yang lalu, Honda telah mempamerkan sebuah model konsep terbaharu yang diberi nama Honda CB4X Concept. Model konsep tersebut merupakan eksperimen terkini Honda yang dibangunkan di bawah tema ‘fun seven days a week’ , yang menggabungkan elemen-elemen Sport dan Touring dengan Crossover.

Honda CB4X Concept tampil dengan ciri-ciri garis dinamik namun padat, direka bukan saja untuk kegunaan harian di kawasan bandar, malah untuk dinikmati keseronokannya pada hujung minggu sama ada dalam perjalanan yang mencabar atau jauh.

Sistem kuasanya merupakan enjin empat silinder selari, manakala skrin penghadang angin yang diintergrasikan dengan fairing mempunyai ciri boleh laras sepenuhnya. Lampu depannya ditetapkan seperti berlian, menyuntik kecanggihan agresif bersama-sama lampu DRL (Daytime Running Lights). Ekor belakangnya direka pendek dan tajam, sementara roda depan 17 inci memaksimumkan ketepatan stereng.

Honda CB4X Concept merupakan idea yang didedikasikan kepada penunggang yang hidup dengan jiwa perlumbaan, namun tetap tidak mahu melepaskan peluang bersantai dan menerokai perjalanan yang berbeza di mana saja pada setiap masa.

(Visited 453 times, 1 visits today)