Suzuki Address 2020 di pasaran UK, harga £2,199

Salah sebuah model skuter yang ditawarkan oleh Suzuki untuk pasaran UK ketika ini ialah Suzuki Address model tahun 2020. Skuter bersaiz kecil tersebut memiliki enjin dalam kapasiti 113cc (4-stroke, 1-cylinder, air-cooled, SOHC) dengan sistem suntikan bahan api dan dipadankan transmisi automatik jenis CVT. Kuasa yang dihasilkan mencapai angka 8.8PS (6.5kW) @ 7,750rpm dengan tork 8.6Nm @ 6,250rpm.

Suzuki Adress mempunyai ketinggian tempat duduk 755mm, jarak kelegaan bumi 120mm, berat (kerb mass) 100 kg dan tangki bahan apinya mampu mengisi sehingga 5.2 liter petrol. Sistem breknya terdiri daripada brek cakera di bahagian depan dan dram di bahagian belakang. Saiz tayar tanpa tiub depan dan belakang masing-masing dalam ukuran 80/90-14M/C 40P dan 90/90-14M/C 46P, dipasangkan pada rim 14 inci.

Suzuki Address mempunyak reka bentuk yang bergaya, menawarkan tahap prestasi enjin dan ekonomi bahan api pada tahap yang sangat memuaskan. Skuter tersebut juga menawarkan keselesaan sewaktu tunggangan, di samping ciri-ciri yang memberi banyak kemudahan seperti ruang barangan di bawah tempat duduk, poket di bahagian depan penunggang dan sistem kunci dengan penutup dan pembuka tempat duduk.

Untuk pasaran UK, Suzuki Address 2020 boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti Metallic Triton Blue, Metallic Matt Stellar Blue dan Pearl White. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak £2,199, bersamaan RM 11,933.92 mengikut kadar tukaran semasa. Suatu ketika dahulu, Suzuki Address juga pernah ditawarkan di pasaran Malaysia oleh pengedarnya Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd..

(Visited 36 times, 1 visits today)