Benelli 302 S model tahun 2020

Benelli 302 S merupakan sebuah motosikal dalam segmen naked, direka untuk golongan muda dengan menampilkan gaya rekaan yang sporty dan moden. Model ini menonjol dengan kehadiran lampu depan jenis LED yang tersendiri.

Di samping itu, Benelli 302 S model tahun 2020 ini turut mempunyai enjin 300cc dua silinder sebaris (4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) dengan sistem suntikan elektronik, yang kemudiannya dipadankan kotak gear enam kelajuan. Prestasinya mencapai 38hp @ 11,000rpm dengan tork 25.6Nm @ 9,750rpm.

Kerangka badan jenis trellis untuk 302 S diperbuat daripada tiub keluli klasik yang menjamin tahap ketangkasan dan pengendalian maksimum di jalan raya. Suspensi depan menampilkan fork hidraulik terbalik dengan kaki berdiameter 41mm dan lengan ayun di bahagian belakang dengan penyerap hentak boleh laras lateral.

Untuk pemberhentian, 302 S dilengkapi cakera berkembar terapung dengan diameter 260mm di bahagian depan, dan cakera terapung 240mm di bahagian belakang. Rim aloi aluminium 17 inci dipasangkan tayar Pirelli Angel 120/70 di bahagian depan dan 160/60 di bahagian belakang.

Benelli 302 S juga didatangkan dengan tangki bahan api yang dapat menampung sehingga 16 liter petrol. Ketinggian tempat duduk penunggang berada pada paras 795mm dan berat keseluruhan jentera naked ini ialah 204 kg (mass in running order). Pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti putih, merah, hitam dan hijau.

(Visited 392 times, 1 visits today)