Yamaha MT-10 2020 kekal berkuasa dan agresif

Di kalangan model-model dalam siri Yamaha MT, paling teratas ialah model MT-10 yang tampil dengan reka bentuk agresif dan paling berkuasa. Model tersebut juga ditawarkan dalam varian MT-10 Tourer Edition dengan aksesori pengembaraan, dan MT-10 SP yang dilengkapi sistem suspensi elektronik Öhlins yang boleh dilaras sepenuhnya.

Menjengah ke bahagian teknikal dan punca kuasanya, Yamaha MT-10 model tahun 2020 dilengkapi enjin 998cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, DOHC, 4-Cylinder) yang menjana sehingga 160.4PS @ 11,500pm dengan tork maksimum 111.0Nm @ 9,000rpm. Enjin buas tersebut kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.

Enjin, casis dan suspensi MT-10 dibawa terus daripada model supersport berkuasa tinggi Yamaha YZF-R1. Enjin crossplane CP4 tersebut ditala untuk menghasilkan kuasa tork yang tinggi bermula dari putaran mendatar rendah hingga ke pertengahan. Bahagian elektronik dan sistem kawalan pula memperlihatkan kehadiran sistem YCC-T, D-Mode, Traction Control System dan QSS (A&S clutch and Quick Shifter System).

Ciri-ciri lain yang melengkapi Yamaha MT-10 2020 ialah kerangka Deltabox dan lengan ayun aluminium ringan, panel instrumen LCD pelbagai fungsi, sistem suspensi berspesifikasi tinggi yang boleh dilaras sepenuhnya, sistem brek ABS berprestasi tinggi dengan angkup radial, tangki bahan api berkapasiti 17 liter, berat 210 kg (wet weight), dan tiga pilihan warna yang menarik seperti Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black.

(Visited 1,916 times, 1 visits today)