Yamaha MT-09 2020 terima kemaskini warna baharu

Untuk pasaran Eropah bagi musim jualan 2020, Yamaha MT-09 kini telah menerima kemaskini warna baharu sama seperti yang diterima oleh Yamaha MT-07 2020. Ketiga-tiga warna tersebut ialah Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black. Harga yang ditawarkan pula bermula dari £8,745.00, bersamaan RM 47,319.77 mengikut kadar semasa.

Yamaha MT-09 merupakan sebuah model naked dengan penampilan dan wajah yang agresif, di samping dikuasakan enjin 847cc (3-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) yang berprestasi. Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan dan menghamburkan kuasa maksimum 115PS @ 10,000rpm dan tork 87.5Nm @ 8,500rpm.

Berikut ialah antara ciri-ciri utama yang melengkapi Yamaha MT-09 2020, sumber dari laman sesawang Yamaha Motor Europe :

  • Switchable Traction Control System (TCS)
  • Aggressive LED twin-eye headlights
  • Adjustable suspension for enhanced sports riding
  • Quick Shift System (QSS) gives faster upshifting
  • Assist and Slipper clutch for smooth corner entry
  • Torque-rich CP3, 847 cc, 3-cylinder crossplane engine
  • D-Mode adjustable engine character
  • Refined and improved power character
  • Swingarm mounted licence plate holder
  • Lightweight aluminium frame and swing arm
  • LED position lights

Untuk pasaran Malaysia, MT-09 dijual oleh Hong Leong Yamaha Motor pada harga sebanyak RM 48,920.00 (rujukan harga dari Mudah.my). MT-09 turut boleh didapati dalam versi SP yang dilengkapi suspensi belakang Öhlins boleh laras bersama-sama skim warna eksklusif Silver Blu Carbon, dijual di pasaran Eropah dan Jepun.

(Visited 771 times, 1 visits today)