Benelli Tornado Naked T 600 model tahun 2020

Benelli kembali dengan enjin empat silinder melalui model Tornado Naked T 600 model tahun 2020 terbaharu, sebuah motosikal dinamik dengan watak perlumbaan dan penampilan yang trendy. Hadir dalam pilihan warna Hijau dan Putih, model naked ini menurut Benelli bagaimanapun tidak dijual di pasaran Eropah.

Benelli Tornado Naked T 600 dikuasakan enjin bersesaran 600cc (In line 4 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft DOHC) yang dipadankan kotak gear enam kelajuan. Jumlah kuasa yang dihasilkan mencapai angka 81.6PS @ 11,500rpm dengan tork maksimum 51Nm @ 10,500rpm.

Sistem suspensi di bahagian depan terdiri daripada jenis terbalik (upside-down fork) 50mm, manakala di bahagian belakangnya ialah lengan ayun aloi aluminium dengan suspensi monoshock boleh laras. Sistem brek ABS diperkemaskan oleh cakera 320mm (semi-floating double disc) di bahagian depan dan cakera 260mm di roda belakang.

Rim aloi aluminium 17 inci Tornado Naked T 600 ini dipasangkan tayar berukuran 120/70 dan 180/55 yang menjamin tahap keselamatan tertinggi dalam pelbagai situasi. Kapasiti bahan api maksimum ialah 15 liter dan berat motosikal 234 kg. Seterusnya lampu depan LED dan panel meter digital TFT melengkapkan gaya menawannya.

(Visited 608 times, 1 visits today)