Warna baharu untuk Yamaha XSR900 model tahun 2020

Untuk musim 2020, Yamaha XSR900 kini boleh didapati dalam pilihan warna baharu yang diberi nama 80 Black, dengan menampilkan skim warna hitam dengan sentuhan merah dan emas. Rekaan tersebut mengambil inspirasi daripada tema 1980an Yamaha dan sebagai penghargaan kepada model legenda dan ikonik Yamaha RZ250.

Selain daripada warna tersebut, dua pilihan warna lain yang turut ditawarkan ialah Dynamic White dan Garage Metal yang tidak kurang menariknya. Untuk pasaran UK, Yamaha XSR900 model tahun 2020 ini dijual pada harga bermula dari £9,345.00, bersamaan RM 50,043.82 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Dari segi spesifikasi teknikal, Yamaha XSR900 dikuasakan enjin bersesaran 847cc (3-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) yang menjana kuasa maksimum 115PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 87.5Nm @ 8,500rpm. Janaan kuasa yang bertenaga itu disalurkan ke jalan raya melalui sistem transmisi enam kelajuan.

Untuk prestasi maksimum, Yamaha XSR900 dilengkapi Traction Control System, Assist & Slipper Clutch dan Yamaha D-MODE yang membolehkan penunggang memilih talaan sendiri daripada tiga pilihan yang ditawarkan. Ini menjadikan tunggangan lebih menyeronokkan melalui pemilihan kuasa enjin berdasarkan setiap corak tunggangan.

Ciri-ciri lain yang melengkapi model bergaya retro ini termasuklah jarak ketinggian tempat duduk 830mm dengan ciri ketinggian boleh laras, berat basah 195 kilogram dan tangki bahan api dengan isian maksimum 14 liter. Lampu depan dan belakang dengan gaya rekaan vintaj seterusnya melengkapkan penampilan model Sport Heritage ini.

Galeri : 2020 Yamaha XSR900

Galeri : 1980 Yamaha RZ250

(Visited 910 times, 1 visits today)