Kawasaki Z650 model tahun 2020 semakin menyerlah

Kawasaki memperkenalkan Z650 model tahun 2020 terbaharu dalam bulan November 2019 yang lepas, bersempena dengan acara pameran motosikal antarabangsa EICMA yang berlangsung di Milan, Itali. Motosikal naked tersebut kini tampil dengan ciri-ciri yang lebih padat dan penampilan yang semakin sporty dan menyerlah.

Kawasaki Z650 dikuasakan enjin berkapasiti 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan gandingan kotak gear enam kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 68PS @ 8,000rpm dan tork maksimum 64Nm @ 6,700rpm. Berat motosikal tersebut ialah 187 kg (curb mass) dan kapasiti penuh petrol ialah 15 liter.

Menurut Kawasaki bagi model tahun 2020 ini, Z650 dilengkapi panel meter berwarna TFT berukuran 10.9 cm dengan pelbagai item antaranya seperti penunjuk posisi gear, shift lamp, tolok bahan api dan Economical Riding Indicator. Inovasi lain yang tidak kurang pentingnya ialah sambungan Bluetooth untuk telefon pintar. Lampu LED depan dan belakang termasuk tayar Dunlop Sportmax Roadsport 2 merupakan ciri standard.

Spesifikasi lain yang melengkapkan Z650 termasuklah sistem brek ABS, Horizontal Back-link Rear Suspension dan Assist & Slipper Clutch. Kawasaki Z650 2020 boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metallic Spark Black, Candy Lime Green / Metallic Spark Black dan Pearl Blizzard White / Metallic Spark Black.

(Visited 1,463 times, 1 visits today)