Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 kini di pasaran Malaysia, harga RM 198,800.00

Model terbaharu Honda CBR1000RR-R Fireblade SP model tahun 2020 secara rasminya diperkenalkan pada awal November yang lepas, bertempat di acara pameran motosikal antarabangsa EICMA 2019. Model ini tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan agresif, dengan kelengkapan pelbagai teknologi canggih dan moden.

Kepada anda yang mungkin berangan-angan untuk memiliki model CBR1000RR-R Fireblade SP, mungkin impian anda boleh menjadi kenyataan. Ini kerana Boon Siew Honda baru-baru ini pada tarikh 12hb. Januari 2020, telah pun melancarkan model ini untuk pasaran tempatan, pertama di rantau Asia dan Oceania, pada harga jualan yang ditetapkan RM 198,800.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 dilengkapi enjin berkapasiti 1,000cc yang menghamburkan kuasa maksimum sehingga 159kW @ 14,500rpm, dengan tork puncak 112.7Nm @ 12,500rpm. Menurut Boon Siew Honda, enjin empat silinder sebaris itu dibangunkan dengan mendapat input terus daripada program pembangunan HRC MotoGP. Berikut ialah antara ciri-ciri utama yang melengkapi model berkenaan, sumber daripada siaran akhbar Boon Siew Honda :

2020 Honda CBR1000RR-R Fireblade SP highlights :

  • Short-stroke, inline four-cylinder engine produces high output at high rpm.
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) gains slip rate control for smooth torque management over 9 levels.
  • Start Mode and quick shifter as standard fitment with three default riding modes plus options to customize Power, Engine Brake and Wheelie control.
  • New aluminium frame and swingarm change weight distribution, centre of gravity and rigidity balance for improved handling and traction.
  • Bosch six-axis Inertial Measurement Unit (IMU) for accurate calculation of machine dynamic behaviour and precise control.
  • Second-generation Öhlins Smart Electronic Control (S-EC) offers finer choice of settings. A new Öhlins NPX fork features pressurised damping for improved bump absorption and feel.
  • New dual Brembo Stylema radial-mount four-piston calipers managed by ABS with switchable SPORT/TRACK modes.
  • Showa’s new 3-level Honda Electronic Steering Damper (HESD) controlled by IMU for precise stability management.
  • Aerodynamic fairing, screen and mudguard minimise frontal area and reduce drag; lower fuel tank also provides more compact riding position.
  • Inner fairing winglets drawn from the RC213V MotoGP machine reduce wheelies under acceleration and improve braking stability.
  • 5-inch colour TFT screen and simplified four-way left-hand switch offer intuitive control of riding systems.
  • Honda Smart Key adds convenience and simplifies top-yoke design.

Untuk pasaran Malaysia, CBR1000RR-R Fireblade SP boleh didapati dalam warna eksklusif Grand Prix Red sahaja. Setakat ini varian standard iaitu CBR1000RR-R Fireblade yang ditawarkan di pasaran Eropah tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Pearl Morion Black, namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan turut dilancarkan di pasaran tempatan bersama-sama varian SP.

(Visited 1,958 times, 1 visits today)