Skuter kembara Honda ADV150 dilancarkan di pasaran Indonesia, Filipina, Thailand dan Jepun

Honda ADV150 merupakan sebuah model skuter pengembaraan terbaharu yang mula diperkenalkan oleh Honda di pasaran Indonesia pada bulan Julai 2019, yang kemudiannya diikuti oleh pasaran Filipina pada bulan Oktober 2019. Seterusnya giliran pasaran Thailand dan Jepun pula dalam bulan Disember 2019 yang lepas.

Melihat kepada rangkaian skuter yang ditawarkan oleh Honda sebelum ini, Honda ADV150 merupakan susulan daripada model skuter kembara Honda X-ADV 750cc, khusus untuk pasaran yang lebih luas pada harga yang lebih berpatutan. Walaupun hanya mempunyai enjin berkapasiti 150cc, rekaannya tetap sporty dan menawan.

Persoalannya ketika ini ialah adakah model skuter yang sangat menarik ini bakal dijual di pasaran negara kita Malaysia? Setakat ini belum ada maklumat rasmi daripada pihak Boon Siew Honda, namun tidak mustahil model ini akan dilancarkan dalam tahun 2020 ini. Harganya mungkin sedikit mahal, namun ianya pasti berbaloi untuk dimiliki.

Untuk makluman, Honda ADV150 di pasaran Indonesia ditawarkan pada harga bermula dari Rp 33.5 juta sehingga Rp 36.5 juta, bermakna dalam Ringgit Malaysia harganya sekitar RM 10,000 sehingga RM 11,000. Kebiasaannya harga motosikal di pasaran Malaysia sedikit tinggi berbanding harga yang ditawarkan di pasaran Indonesia.

Galeri : 2019 Honda ADV150 (Indonesia)

Galeri : 2020 Honda ADV150 (Jepun)

(Visited 1,876 times, 1 visits today)