Galeri : Suzuki V-Strom 1050XT model tahun 2020

Bertempat di EICMA 2019 yang berlangsung pada bulan November lepas, Suzuki memperkenalkan model terbaharu Suzuki V-Strom 1050XT dan Suzuki V-Strom 1050, kedua-duanya bakal berada di pasaran mulai tahun 2020. Perbezaan antara V-Strom 1050XT dan V-Strom 1050 ialah dari segi spesifikasi yang melengkapi kedua-duanya, di mana model 1050XT hadir dengan spesifikasi serba lengkap berbanding model 1050.

Menurut Suzuki, gaya rekaan model terbaharu V-Strom ini mengambil inspirasi daripada dua model legenda iaitu jentera perlumbaan DR-Z dan model pengeluaran DR Big. Unit enjin yang melengkapi V-Strom 1050XT dan V-Strom 1050 bersesaran 1,037cc, dengan penghasilan kuasa maksimum 79.0kW @ 8,500rpm (107.4PS) dan tork puncak 100.00Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan.

Sistem elektronik yang melengkapi V-Strom 1050XT dan V-Strom 1050 antaranya ialah pendikit ride-by-wire baharu dengan tiga pilihan mod enjin dan sistem traction control juga dengan tiga pilihan mod. Bagi model V-Strom 1050XT yang merupakan model flagship, ianya dilengkapi teknologi baharu Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang mempunyai rangkaian lengkap sistem elektronik termasuklah IMU (Inertial Measurement Unit), sistem ABS sensitif dengan dua talaan, brek terpaut yang dapat mengesan beban, dan juga sistem plus hill hold control dan cruise control.

Suzuki V-Strom 1050XT dan V-Strom 1050 model tahun 2020 terbaharu ini dikatakan direka menggunakan konsep ‘The Master of Adventure’. Konsep tersebut membolehkan penunggang untuk memaksimumkan pengembaraan mereka, walau ke mana sahaja destinasi yang dituju. Selain itu sebagai pilihan bagi melengkapkan jentera masing-masing, Suzuki juga menyediakan pelbagai aksesori asli untuk kedua-dua model.

Untuk pasaran UK, Suzuki V-Strom 1050XT ditawarkan pada harga pengenalan (launch price) £11,299, manakala Suzuki V-Strom 1050 berharga £9,999. Pilihan warna untuk model 1050XT ialah Pearl Brilliant White / Glass Blaze Orange, Champion Yellow No.2 dan Glass Sparkle Black. Model 1050 pula menerima pilihan warna Glass Sparkle Black / Solid Iron Grey dan Glass Sparkle Black / Pearl Brilliant White.

Galeri : 2020 Suzuki V-Strom 1050XT

Galeri : 2020 Suzuki V-Strom 1050XT (With Accessories)

(Visited 399 times, 1 visits today)