Honda Dash 125 tampil dengan warna dan jalur grafik baharu untuk tahun 2020

Pada tarikh 13 November 2019 yang lalu, Boon Siew Honda secara rasminya memperkenalkan Honda Dash 125 versi kemaskini terbaharu yang kini didatangkan dengan warna dan jalur grafik baharu yang lebih menarik dan sporty.

Honda Dash 125 model tahun 2020 tersebut ditawarkan dalam empat pilihan warna, yang mana warna Clipper Yellow dan Candy Scintillate Red merupakan pilihan warna terbaharu yang diperkenalkan, di samping dua warna terdahulu Pearl Nightfall Blue dan Repsol Edition. Kesemua empat pilihan warna tersebut diserikan lagi dengan kemaskini rekaan jalur grafik baharu yang kelihatan cukup bergaya dan menyerlah.

Honda Dash 125 terbaharu yang ditawarkan di pasaran tempatan ini kekal boleh didapati sama ada dalam pilihan varian brek cakera tunggal atau varian dua brek cakera, namun untuk model Repsol Edition, hanya varian dengan dua brek cakera sahaja yang ditawarkan.

Honda Dash 125 dikuasakan enjin berkapasiti 125cc yang lancar dan berprestasi bersama-sama dengan tahap kecekapan penggunaan bahan api yang tinggi. Ciri-ciri keselamatan yang melengkapi model tersebut termasuklah lampu depan LED dengan tambahan visor untuk penglihatan dan ketahanan yang lebih baik.

Berikut ialah senarai harga Honda Dash 125 model tahun 2020 :

Honda Dash 125 (Single Disc-Brake) : RM 5,999.00
Honda Dash 125 (Double Disc-Brake) : RM 6,299.00
Honda Dash 125 Repsol Edition (Double Disc-Brake) : RM 6,499.00

Kesemua harga yang dipaparkan tersebut merupakan harga asas tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

(Visited 994 times, 1 visits today)